PULL OUT SINGLE SULUNG DUNCAN CHRISTEN



Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, demikian pepatah yang sesuai diberikan kepada Penyanyi Duncan Christen Tubong kerana memilih untuk aktif dalam bidang seni seperti ibunya Esther Clement Tubong yang memang dikenali dikalangan peminat muzik tempatan.



Jika suatu ketika dahulu, ibunya tampil dalam industri seni tempatan melalui lagu KDM tetapi anak muda ini mempertaruhkan lagu dalam Bahasa Inggeris sebagai langkah pengenalan untuk dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian.





IKLAN: Music Producer dan pembikin EDM

shawn width=100℅">


"Lagu saya yang berjudul Pull Me Out bakal di keluarkan dalam masa terdekat dengan bantuan Penerbit Janice dan juga rakan dari Morbius Band saya iaitu Adi dan Oliver.



"Lirik lagu itu saya hasilkan sendiri dan ciptaan lagu oleh Adi yang mengetengahkan genre RnB, Pop Ballad, Rock Ballad dan Jazz.





IKLAN: Ingin tahu cara memasak dengan cara Gano, jom ikuti saya di Gano Gunz Kitchen

"Saya juga bakal mengeluarkan satu lagu duet bersama ibu saya yang juga dalam bahasa Inggeris," kata Penyanyi yang mendapat dorongan sepenuhnya dari keluarga ini.



Kini Duncan dengan ahli- ahli kumpulan muzik dan Penerbit sedang bertungkus lumus menyiapkan lagu sulungnya itu dan sedang giat membuat live sambil mengumpul dana.





IKLAN: GL Meangilify Youtube Channel, memaparkan pelbagai cerita menarik tentang hobi dan minat.

gl meangilify width=100℅">

"Saya berharap agar orang ramai akan terus menyokong Penyanyi dan Pelakon tempatan, saya juga menyimpan hasrat dan harapan  tinggi agar pencapaian saya dapat membawa saya sampai ke Hollywood dan Broadway," kata Duncan yang kini bekerja sepenuh masa di sebuah kafe dan kelab sebagai seorang Penyanyi.





IKLAN: promosi pinjaman kakitangan kerajaan dan badan berkanun sehingga Ogos

pinjaman koperasi width=100℅">