NGO BUDIMAN mahu kerajaan buat kajian lebih teliti keputusan benarkan warganegara luar ke Sabah



TAWAU: Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang membenarkan warganegara luar terutamanya dari China untuk masuk ke Sabah tanpa perlu menjalani ujian calitan (swab test) Covid-19 mendapat maklumbalas dari Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (BUDIMAN).


IKLAN: GL Meangilify Youtube Channel, memaparkan pelbagai cerita menarik tentang hobi dan minat.

gl meangilify width=100℅">



Walau pun tidak ada ujian calitan namun begitu mereka diwajibkan untuk mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan wajib untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS ).

Ismail Awang selaku Pengerusi Budiman memberikan pandangannya dengan berkata keputusan kerajaan itu harus dikaji dengan lebih teliti.


IKLAN: Ruth Gidion Youtube Channel



"Keputusan ini nampaknya tidak selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan di mana sempadan antarabangsa masih tertutup kepada negara luar.

"Walaupun mereka sudah membuat ujian Covid-19 di lokasi masing-masing dalam tempoh tiga hari dan telah disahkan bebas dari wabak akan tetapi ianya masih mendatangkan risiko yang tinggi terhadap penularan wabak itu.


IKLAN: promosi pinjaman kakitangan kerajaan dan badan berkanun sehingga Ogos

pinjaman koperasi width=100℅">



"Perkara ini akan mendatangkan pelbagai kemungkinan dalam tempoh tiga hari semasa tempoh perjalanan warga China memasuki Sabah.

"Tambahan pula pada masa ini data terkini telah menunjukkan kes yang terbaharu harian positif di Malaysia berpunca daripada kes import dan bukannya melibatkan kes tempatan," katanya.


IKLAN: Turunkan berat badan dan hilangkan perut buncit dengan COCO CURV

coco curv width=100℅">



Menurutnya lagi, keputusan yang dibuat oleh Kerajaan negeri akan mendatangkan kerisauan kepada rakyat Sabah, dengan apa yang berlaku di beberapa buah negara seperti Jepun yang turut mengalami gelombang kedua wabak tersebut disebabkan pintu sempadan dibuka semula kepada negara luar sepatutnya dijadikan iktibar.


IKLAN: Ingin tahu cara memasak dengan cara Gano, jom ikuti saya di Gano Gunz Kitchen



Yang menjadi tanda tanya ialah adakah kita betul-betul memerlukan khidmat pekerja warga China pada ketika ini dan apakah sektor ekonomi yang mempunyai hubungan kait dengan pekerja warga China untuk melangsungkan operasi?


IKLAN: Music Producer dan pembikin EDM

shawn width=100℅">



"Pada pendapat saya, adalah lebih baik peluang pekerjaan yang diberikan kepada warga China ini diberikan kepada warga tempatan khususnya mereka yang telah kehilangan pekerjaan ekoran pandemik Covit-19.

"Jika kerajaan Sabah masih tetap berhasrat untuk membenarkan mereka memasuki Sabah, saya menyarankan SOP kuarantin selama 14 hari perlu dilaksanakan," katanya.