Takut Kehilanganmu sandaran terbaharu Ammy Sylvia Justin



Ammy Sylvia Justin atau lebih dikenali sebagai Ammy dikalangan rakan - rakan, berkecimpung dalam dunia seni suara sejak 2008 lagi yang mana pernah menjuarai beberapa pertandingan nyanyian seperti Sugandoi di daerah Kota Marudu dan Paitan, tempat ketiga bagi Carta Hits Kota Belud 2015 dan menjuarai pertandingan nyanyian anjuran TOBISA 2011.



Daripada hasil usaha yang diperolehinya itu, sehingga terciptalah lagu single pertama yang menaikkan nama sebagai penggiat seni suara yang berjudul "Apa Apa Koupusanku", yang diciptakan oleh Sekar Madusa dan lagu tersebut juga terlibat dalam Album Sakag Tobilung (AST).



"Dalam perkembangan terkini, saya baharu saja merakam lagu single yang diberi tajuk 'Takut Kehilanganmu' yang diciptakan oleh Ronny Cyril sebagai pencipta lirik, Herris Yutui sebagai pencipta lagu dan saya merakam di Garage Home Studio.



"Walaupun cabaran yang saya alami adalah memerlukan penjiwaan dan memahami maksud lagu itu, namun saya bersyukur sepanjang penyiapan dan rakaman lagu tersebut berjalan dengan lancar.

"kepada peminat - peminat jangan lupa mendengar lagu tersebut yang mana akan rilis pada bulan hadapan ini,"katanya



Tambahnya lagi, dia mensasarkan mengeluarkan lagu - lagu dari Bahasa Dusun Tobilung dan merancang mengeluarkan album di masa akan datang.



Penyanyi kelahiran Kota Marudu ini juga sempat berkongsi aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, iaitu mempelajari menanam sayur - sayuran dan memanfaatkan waktu yang ada untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta.



"Terima kasih saya ucapkan kepada FH Media Hiburan Sabah kerana menemuramah saya, semoga FHM terus maju dan membuka peluang - peluang kepada artis tempatan Sabah khususnya untuk terus maju kehadapan", akhiri perbualannya. 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!