Alfian Aiman terkesan dengan pemergian sahabat seni



Perpisahan sudah pastinya akan menjadi hal yang sulit untuk dilalui terutama ketika seorang sahabat yang disayangi pergi tanpa terduga.



Persahabatan yang terjalin sehingga memberi kesan duka dihatinya iaitu antara Alfian Aiman dan Peragawan Echo Lee yang mana telah mengempar dunia peragawan tempatan atas pemergiannya pada 9 Julai 2020 dan menghembus nafas terakhir pada jam 1.40 pagi di Hospital Kuala Lumpur.



"Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini, sehinggakan saya tidak percaya bahawa dia sudah tiada", katanya ketika dihubungi FH Media.



"Walaupun kami baharu saja mengenali melalui kumpulan peminat FH Media, setiap masalah yang kami hadapi dalam kegiatan seni kami sentiasa berkongsikan masalah tersebut.



"Mendiang adalah seorang yang baik dengan semua orang, saya tidak akan melupakan kenangan bersamanya yang mana dia suka bergurau senda dan sering kali membuat kejutan, ianya amat mencuit hati dan membuatkan saya tersenyum.



"Walaupun kami berlainan agama, ketika di bulan Ramadhan yang lalu dia akan turut melaksankan ibadah puasa itu, dia juga sering memberi khabar pada saya seperti berbuka puasa dan sahur", demikian perkongsiannya tentang kenangan manis bersama mendiang.



Dalam pada itu, Alfian mengucapkan takziah buat keluarga mendiang dan peminat - peminatnya.



"Saya doakan semoga roh mendiang tenang dan aman, kepada peminat dan rakan - rakan yang mengenalinya marilah bersama - sama mendoakan yang baik - baik untuk mendiang, sejujurnya saya dan semua pihak menyayangi dan merindui Echo selepas ini", akhirinya. 



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!