Aziah AF tamat zaman bujang



Selepas sahaja keluar dari program realiti Akademi Fantasia 2015, Penyanyi Aziah Awang atau Aziah AF terus menyambung pelajaran dalam semester akhirnya di UiTM Kota- Kinabalu.

Namun begitu tidak bermakna dia terus melupakan bidang seni kerana dia masih aktif menyanyi dan menerima undangan untuk membuat persembahan di mana- mana.

Pada 2017 lahirlah single sulung hasil ciptaannya sendiri bertajuk Ku Relakan dan pada masa yang sama dia terlibat dalam bidang lakonan dalam telemovie berjudul Tangisan Akinabalu.




IKLAN: Program pengajian separuh masa AETC kini di Kota Kinabalu dan Labuan

tajuk
width=100℅">

"Untuk sekarang ini, aktiviti seni memang agak perlahan sedikit kerana jemputan untuk buat persembahan pun kurang atas sebab masalah pandemic Covid -19.

"InsyaAllah, harap masalah yang kita hadapi sekarang ini cepat berlalu dan saya akan fokus semula dengan nyanyian dan keluarkan single terbaharu.

"Saya juga akan cuba aktif kan diri dalam dunia lakonan, saya harap masih ada peluang untuk saya terus berkarya dalam industri seni, tidak hanya menyanyi tetapi juga berlakon," katanya ketika dihubungi.

Kata Penyanyi yang berasal dari Kampung Raganan Tuaran ini lagi, selepas keluar dari AF, dia ada cuba untuk menyertai program lain tetapi bukan rezeki dan dia akan cuba selagi ada peluang.




Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media

"Pengalaman sepanjang mengikuti AF, banyak yang saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dan memupuk keyakinan diri,  selain itu dapat mengumpul ramai peminat yang sentiasa menyokong dan itu juga membuat saya lebih bersemangat untuk terus berkarya.

"Perancangan saya ialah ingin teruskan kerjaya nyanyian serta lakonan dan juga ingin mempunyai perniagaan sendiri, InsyaAllah," ujarnya lagi.

Dalam asyik bercerita tentang penglibatan seninya, Penyanyi ini sempat memberitahu yang dia baharu sahaja menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati sejak dari zaman persekolahan iaitu Mohd Hafiz Marudin.



"Saya baharu saja melangsungkan perkahwinan dengan buah hati yang saya kenali sejak zaman sekolah menengah lagi.

"Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja tetapi bagi saya tetap besar kerana dihadiri oleh ramai tetamu, alhamdulillah.

"Kami berkenalan waktu di sekolah menengah lagi, bermula dari tingkatan satu di mana kami satu kelas dan hanya rapat sebagai kawan.

"Selepas tingkatan tiga, kami bercinta selama 12 tahun, hinggalah kami sah disatukan sebagai suami isteri.




Ada Diploma & Degree tapi susah dapat kerja? Bah, beralih la ke bidang Safety dengan ikut pengajian separuh masa. Safety sangat diperlukan dlm Industri kini. Program pengajian lain, klik gambar.

"Menariknya tentang suami saya ini, dia seorang yang sangat penyabar, berbeza dengan saya yang bersifat agak kasar sedikit, itu yang buat saya selesa dengan dia.

"Dia terima saya seadanya, mungkin juga rasa keselesaan itu kerana kami bermula sebagai kawan rapat maka kerana itu tidak ada rasa malu atau kekok, selain keluarga dan rakan-rakan, dia juga antara kawan rapat yang sentiasa ada waktu susah dan senang.

"Saya berharap dia boleh jadi yang terbaik, boleh jaga dan bimbing saya, InsyaAllah Amin, dia juga membenarkan saya terus berkecimpung dalam bidang seni asal kan jaga batas pergaulan," cerita Aziah tentang sejarah perkenalan dia bersama suaminya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Aziah mengucapkan terima kasih kepad FH Media kerana sudi menemubual dirinya dan dia berharap selepas ini banyak lagi cerita tentang perkembangan tentang kerjaya seninya yang boleh di kongsi.




Mau cepat dapat berita hiburan Sabah? Install Apps FH Media



http://fhmedia.com.my/mobile/fhmediav2.apk



IKLAN: Ruth Gidion Youtube Channel


Antara Video menarik di FH Media TV. Subscribe channel FH Media TV sebagai tanda sokongan anda kepada Media Hiburan Nombor Satu Sabah ini.

Segmen Rancangan Butul-Butul Sadap Oh


Raha Ginawoku- Ruth Gidion


Freddy Harmthon - Pomioo Oku


Cerita panas FB Artis Amuk Kiding Digodam


Single terbaharu Mellz (Tiada Siapa Yang Tahu)


Single terbaharu Jasmine Kah Yee (Sokiro)


Single terbaharu Sheryna Lynn (Kada Kaus Ginawo)