Den Bisa mula mengatur strategi untuk lagu baharu



Penyanyi yang cukup dikenali bagi dikalangan pengemar lagu - lagu Bajau Pantai Timur iaitu Den Bisa, kini mengatur strategi dan perancangan untuk lagu single baharu.

Katanya, selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, kini dia menyusun langkah baharu untuk menjalani aktiviti seni.

"Saya dalam perancangan untuk membuat lagu baharu dalam Bahasa Melayu dan lagu tradisi Bajau Pantai Timur yang disusun rentak lagu Igal - Igal.




Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media

"Saya masih lagi dalam proses pemilihan lagu, namun sekiranya ada pihak termasuklah dikalangan peminat yang ingin menyumbangkan lagu hasil ciptaan mereka, saya amat mengalu - alukan," katanya.


Beritahunya kepada FH Media ketika dihubungi, dia kini berada di Kota Kinabalu dan masih menunggu keputusan daripada pihak penganjur samaada ingin meneruskan undangan persembahan daripada pihak tersebut.




Ada Diploma & Degree tapi susah dapat kerja? Bah, beralih la ke bidang Safety dengan ikut pengajian separuh masa. Safety sangat diperlukan dlm Industri kini. Program pengajian lain, klik gambar.

"Sebelum PKP bermula terdapat banyak tawaran persembahan yang saya perolehi, namun apabila PKP dilaksanakan segala undangan tersebut ditunda, saya sendiri tidak tahu bilakah ianya diadakan semula", katanya ketika ditanya projek - projek yang tergendala akibat PKP.


"Kepada semua peminat terutama pengemar seni hiburan di Sabah, teruslah menyokong muzik tempatan yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan lagu tradisional.





tajuk
width=100℅">

"Sokongan daripada anda semua memberikan saya semangat untuk terus bergiat dalam industri seni suara, saya akan terus berkarya untuk memartabatkan seni di Sabah terutama lagu - lagu etnik Bajau Pantai Timur dan untuk anda semua teruslah memandang jauh, berfikir positif dan jadikan dorongan serta semangat atas kejayaan orang lain", akhirinya. 












 


Antara Video menarik di FH Media TV. Subscribe channel FH Media TV sebagai tanda sokongan anda kepada Media Hiburan Nombor Satu Sabah ini.


Segmen Rancangan Butul-Butul Sadap Oh


Raha Ginawoku- Ruth Gidion



Freddy Harmthon - Pomioo Oku


Cerita panas FB Artis Amuk Kiding Digodam


Single terbaharu Mellz (Tiada Siapa Yang Tahu)



Single terbaharu Jasmine Kah Yee (Sokiro)


Single terbaharu Sheryna Lynn (Kada Kaus Ginawo)