Perkembangan COVID-19 Malaysia pada 30 July 2020



Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 30 Julai 2020, jumlah kes positif baharu adalah seramai lapan kes.

Daripada lapan kes positif COVID-19, seramai lima individu merupakan kes tempatan iaitu di negeri WP Kuala Lumpur 1 kes, Johor 1 kes dan Sabah 3 kes, manakala seramai tiga lagi kes merupakan kes import iaitu di negeri Selangor 1 kes, Kedah 1 kes dan Sabah 1 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,964 kes.



Jumlah pesakit discaj adalah lima orang, ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,617 kes.

Pesakit yang masih aktif dirawat adalah seramai 223 orang. Pesakit yang menerima rawatan ICU adalah tiga orang dan bagi yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah satu orang.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal di kumulatif 124 kes.