KSS boleh membantu merangka dasar-dasar strategik pembangunan seni - JJL



"Saranan untuk mewujudkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian Seni Sabah (KSS) haruslah dilihat pada skop yang lebih luas dan proaktif.

"KSS boleh membantu menyediakan Blue Print halatuju karya seni selain merangka dasar-dasar strategik dan pembangunan seni yang berimpak tinggi kepada negara mahupun dimata dunia.



"Seiring dengan pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang bakal meletakkan kembali hak-hak Sabah sebagai ‘equal partner’ dalam mengurus tadbir negara.

"Langkah pembangunan pelbagai aspek dalaman kementerian-kementerian yang proaktif daripada Kerajaan Negeri Sabah pada masa akan datang haruslah bermula dari sekarang.



"Tidak dinafikan, Sabah bukanlah sebuah negeri yang boleh dipandang rendah dari segi bakat seni yang meliputi pelbagai cabang.  "Setiap kali kemunculan karya seni dari anak seni tempatan Sabah, pasti menjadi kejutan natizen dan seluruh negara," kata Presiden Pertubuhan Orang Seni Seni Tempatan Sabah (POST’s) merangkap Pengerusi Kelab Rekreasi Artis  Sabah (KERAS), Janrywine J.Lusin dalam kenyataan yang dihantar ke FH Media.




Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media

Katanya lagi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini tumpuan pelbagai syarikat produksi dari Semenanjung menjadi bukti bahawa Sabah ada khazanah bernilai tinggi yang perlu diurus dengan penuh pengkhususan dan bersistematik.

"Malangnya apa yang kita nampak dan yang dialami sendiri oleh pengkarya- pengkarya di Sabah amatlah menyedihkan.

"Tiada panduan yang di dukung secara konkrit kepada anak-anak seni ini oleh mana-mana kementerian sedia ada dalam mencorak hala tuju karya masing-masing pada masa hadapan. Sebaliknya, segalanya berdasarkan ‘cuba nasib’ melalui usaha sendiri.




Mencari lagu untuk rakaman? Nah cuba ini..

"Kementerian mahupun agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dilihat sekadar mampu menyediakan platform pementasan dan secara ala kadar memberi ‘job’ dan bantuan dana," katanya.

Janry berpendapat apa yang diberi itu tidak setanding dengan sumbangan anak seni dalam membentuk identiti bangsa yang eksklusif di mata dunia seperti negara-negara lain yang turut menikmati pulangan ekonomi yang besar dari sudut hiburan seperti Amerika, Eropah dan Korea Selatan.




Single terbaharu Kate.G

Katanya lagi, negara-negara itu mempunyai sistem pentadbiran yang turut memberi tumpuan khusus keatas pembangunan industri berkenaan.

"Tidak hairanlah masyarakat kita mudah meniru identiti tarian K-Pop kerana strategi pemasaran hiburan negara berkenaan adalah berjaya.

"Maka bagi saya sudah sewajarnya saranan ini dipertimbangkan oleh mana-mana pihak yang bakal mentadbir Kerajaan Negeri Sabah selepas pilihanraya nanti," akhirinya.




Antara Video menarik di FH Media TV. Subscribe channel FH Media TV sebagai tanda sokongan anda kepada Media Hiburan Nombor Satu Sabah ini.

Segmen Rancangan Butul-Butul Sadap Oh


Raha Ginawoku- Ruth Gidion


Freddy Harmthon - Pomioo Oku


Cerita panas FB Artis Amuk Kiding Digodam


Single terbaharu Mellz (Tiada Siapa Yang Tahu)


Single terbaharu Jasmine Kah Yee (Sokiro)


Single terbaharu Sheryna Lynn (Kada Kaus Ginawo)


Fedilis Molondoi - Sunudai Oku