Apiz Paschya bakal tampil dengan lagu bertemakan ketuhanan


 

Benarlah seperti dikata; rezeki itu tidak pernah salah alamat. Demikian halnya dengan Penyanyi Apiz Paschya kerana, selepas selesai sahaja program mengacara untuk rancangan Bah Membikin Kita Lagu yang diarahkan oleh S. Nazri Kausar ( Kausar TV) untuk saluran Youtube, dia telah menerima lagu baharu bertajuk Rasullullah.



Lagu tersebut merupakan single terbaharu pembukaan bagi 2020 selepas single lagu rayanya tahun ini.


"Lagu yang membawa tema ketuhanan itu adalah projek bersama Komposer S. Nazri Kausar serta Mawar Kausar untuk lirik dan

buat pertama kali saya bekerjasama dengan Komposer Abang Shaifulhan sementara susunan muzik oleh Rodie Sofazr dari KKMP Studio.


"Ada beberapa lagu yang dibuat khas untuk saya oleh Komposer- Komposer yang terlibat dalam 'Rancangan Bah Membikin Kita Lagu', dan saya merasa sungguh gembira, bertuah serta sangat berterima kasih kepada mereka yang mempercayai bakat saya," katanya kepada FH Media.




IKLAN: Menyediakan perkhidmatan mencetak baju, banner, cenderahati & kraftangan

AMG width=100℅">

Tambah Apiz, lagu- lagu tersebut tidaklah dapat dibuat serta merta kerana perlu masa, penelitian semasa proses pembikinan muzik agar dapat membuat lagu itu hebat bila sudah rilis nanti.


"Untuk video lirik rasmi Rasulullah, ia sudah pun berada di saluran Youtube S. Nazri Kausar Studio dan kepada yang ingin mendengar bolehlah masuk ke saluran tersebut.




PENTAS FILEM SABAH BAKAL DIBANGUNKAN

"Projek seterusnya yang akan saya buat  bersama Nazri Saidali dan Team Kausar adalah Pembikinan Video rasmi untuk lagu Rasulullah dan rakaman lagu duet bersama artis wanita (masih dirahsiakan).


"Untuk lagu-lagu bersama Komposer lain, pasti akan menyusul kerana masih menunggu masa untuk proses rakaman di studio," ujarnya.




Pentas Filem Sabah mampu jana Rm10K hingga Rm10Juta pendapatan penggiat filem tempatan Sabah. Klik gambar untuk baca;

pentas filem width=100℅">

Apiz mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, rakan- rakan dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa mendoakan kejayaannya.


"Terima kasih juga kepada pihak media masa serta radio tempatan Sabah, sayang kalian," akhirinya.