Ujibakat FH Idol bermula November


FH Idol iaitu sebuah program nyanyian dalam mencari bakat- bakat baharu bakal diadakan dalam masa terdekat, terma dan syarat telah pun diuar- uarkan baru- baru ini melalui media atas talian FH Media.


Seperti yang telah dinyatakan terdahulu dalam artikal tersebut oleh Pengasas merangkap Pengarah Urusan FH Media, Freddy Harmthon bahawa program tersebut akan dilaksanakan pada awal Disember tetapi memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan daripada peserta maka penyertaan akan ditutup pada penghujung Oktober ini bagi memberi ruang program itu dilaksanakan awal.




Ingin menjadi artis naungan FHPSB, ikuti ujibakat FH Idol. Klik gambar dan isi borang

FHIdol width=100℅">

Freddy ketika dihubungi berkata program itu akan diawalkan sebulan iaitu bermula awal November nanti.

"Perancangan awal FH Idol sepatutnya akan bermula pada awal Disember. Namun, memandangkan peserta kini sudah ramai, maka penyertaan akan ditutup pada hujung bulan ini.

"Seperti semua sedia maklum, negeri kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini, maka pasti semua mempunyai banyak masa terluang di rumah dan ini adalah masa yang sesuai untuk membuat aktiviti-aktiviti secara atas talian yang bermanfaat," katanya.




Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media

Menurutnya lagi, selain dapat menghilangkan rasa bosan, ia juga sekali gus menguji kebolehan dalam bidang nyanyian dan kepada mereka yang terpilih akan berpeluang untuk ke peringkat yang lebih jauh, dan mendapat tajaan rakaman suara serta penggambaran klip video lagu-lagu mereka daripada FH Production Sdn Bhd.


"10 orang akan dipilih pada sesi pertama ini, di mana konsep ujibakat adalah sama seperti program realiti tv yang melibatkan banyak peringkat dan ada penyingkiran setiap minggu.




PENTAS FILEM SABAH BAKAL DIBANGUNKAN

"Program ini dijangka akan mengambil masa dua bulan di mana setiap minggu akan ada persembahan atas talian.


"Walaupun ini hanya ujibakat mencari artis naungan syarikat kami tetapi saya mahu mereka semua diberikan pendedahan awal agar selepas mereka keluar single sulung, mereka sudah ada peminat tersendiri," katanya lagi.


Freddy turut memberitahu bahawa perancangan awalnya, program FH Idol itu mahu disiarkan di FH Cinema sempena pembukaan laman web baharu syarikat ini, namun memandangkan proses pembangunan laman web ini masih dilaksanakan, maka program itu akan ditayangkan di Youtube FH Media.


https://www.youtube.com/channel/UCRfKi5Hwi5kaWpsJOhvY9ew?view_as=subscriber 




Pentas Filem Sabah mampu jana Rm10K hingga Rm10Juta pendapatan penggiat filem tempatan Sabah. Klik gambar untuk baca;

pentas filem width=100℅">

"Sehingga kini seramai 45 peserta telah menghantar borang dan ini sudah cukup untuk melaksanakan program pencarian bakat baharu ini.


"Saya harap program ini akan berjalan lancar dan menerima sambutan yang baik daripada semua peminat industri hiburan tempatan Sabah.


"Program ini akan disiarkan di saluran Youtube  FH Media dan saya harap anda semua dapat memberikan sokongan pada program ini dengan menekan tombol 'Subscribe' dan 'Like' saluran ini untuk mendapatkan notifikasi ketika program sedang berlangsung," katanya mengakhiri bicara.


Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum lagi mengisi dan menghantar borang, jangan lepaskan peluang, anda boleh  mengisi borang melalui pautan yang tertera di sini iaitu


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdwAomCeNA9s8boSXcZo1ZcBYReyRofGvp3hBAT_Y6AY_dvyw/viewform 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!