Drama adaptasi ‘Marry Me Senorita’ hiasi slot megadrama Astro


Drama bersiri ‘Marry Me Senorita’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama, nukilan Suri Ryana yang mengangkat genre romantik terbitan Syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd.


Drama 28 episod arahan sutradara Nur Ain Sharif ini turut menampilkan pengarah prolifik, Michael Ang selaku Penerbit serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada Rehal Nurharis dan Dayang Kartinah.


Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 2 Februari 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Selain itu drama ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Menurut Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, bagi mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi utama penggemar drama-drama Melayu, mereka amat berhati-hati dari segi pemilihan naskah kerana, para penonton alaf baharu masa kini bijak menilai serta turut dihidangkan dengan variasi pilihan yang fleksibel.




Konsert akhir FH Idol musim pertama

Tambahnya, setiap kandungan haruslah seimbang daripada segi kualiti produksi, populariti, jalan penceritaan, keberkesanan mutu lakonan dan sebagainya.


“Terbaharu, kami bawakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptasi daripada novel ‘Marry Me Senorita’ khusus buat tontonan semua.

“Pemilihan novel ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan kejayaan novel tersebut yang mendapat sambutan hangat dan laris terjual sewaktu ia diterbitkan.

“Kami percaya ia mampu menarik perhatian penonton terutamanya daripada kalangan pembaca novel yang pastinya ingin menyaksikan visual karya tersebut apabila diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri.


“Kredibiliti Janna Nick selaku pelakon tidak perlu disangkal lagi. Manakala Dini Scatzmann juga mempunyai bakat dan potensi besar untuk menempa nama dalam bidang lakonan.

“Keserasian pasangan ini yang kini sedang dalam fasa bahagia sebagai kekasih di alam nyata seperti yang dapat kita saksikan secara terbuka terutamanya di platform sosial media juga, merupakan antara faktor utama pemilihan mereka selaku teraju utama. Malah, drama ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air,”ujarnya.




Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media

Bagi Janna Nick, yang memegang watak utama sebagai ‘Sofiy Leia,’penggemar drama Melayu perlu tonton drama tersebut kerana, ini merupakan antara drama yang amat susah untuknya lakonkan.

Kongsinya, antara penyebab drama tersebut sukar untuk dilakonkan kerana hero utama merupakan pasangannya sendiri di luar set.

”Karakter dan personaliti dalam drama ini sangat berbeza dan memang berlawanan dengan karakter sebenar kami, lalu mewujudkan perasaan kekok di antara kami.

“Tidak dinafikan kami memang mempunyai ‘chemistry,’ kami di luar set lakonan tetapi bila harus dibawa ke dalam drama, ia sangat sukar untuk diterjemahkan.


“Dalam masa yang sama, saya juga perlu sentiasa ‘alert’ dengan dialog yang dilontarkan oleh Dini sebab kita sedia maklum bahawa Bahasa Melayu Dini masih lagi dalam proses pembelajaran.

“Di samping perlu berjaga-jaga dengan dialognya, saya juga kena menjaga karakter saya. Ini merupakan cabaran besar untuk saya dan saya akui ‘Marry Me Senorita’ bukan drama yang mudah untuk saya lakonkan,” kongsinya.




Pengenalan top 10 FH Idol

Bagi Dini Schatzmann yang memegang watak utama sebagai ‘Isa Alejandro,’ berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang cukup hebat menerusi drama itu. Barisan pelakon yang dimaksudkan antaranya seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Janna Nick, Shaza Bae, Meerquen, Daler Yousuf dan ramai lagi.

“Jalan penceritaan drama ini cukup menarik kerana ia mempunyai banyak konflik dalaman yang ditonjolkan. Pengalaman menjayakan drama ini cukup bermakna dan saya akui cabaran yang diberi amat sukar terutamanya untuk membina ‘chemistry’ di antara saya dan Janna Nick menerusi lakonan. Ini kerana karakter Isa dan Sofiy tidak sama dengan karakter saya dan Janna dalam dunia nyata.

“Jadi apabila Isa kena ‘berlagak’ dengan Sofiy, keserasian itu memang susah untuk didapatkan pada mulanya,”katanya.




PENTAS FILEM SABAH BAKAL DIBANGUNKAN

Cerita Artis Sabah dalam Jom Kita Snap

Cubaan menggondam laman web FH Media gagal


Kenali Pelakon Avakas


FH Idol: Tiga tersingkir konsert keempat


Jom Kita Snap !!!.. Berita Hiburan Sabah (14 Nov 2020)


Jom kita Snap artis-artis Sabahan (21 Nov 2020)


JKS: apa cerita si Sabil sama Joveya nikali..


Jom Kita Snap artis Sabah. (25 Nov 2020)


Jom Kita Snap Artis Sabah (26 Nov 2020)


Jom Kita Snap Artis Sabah (27 NOV 2020)


JKS: Konsert online ketiga FH Idol malam ini


Jom kita Snap Artis Sabah (29 Nov 2020)


FH sedia bekerjasama dengan Penerbit Filem dam Muzik


Felix Agus Dikritik Peminat


Bentuk satu jawatankuasa khas tangani isu cetak rompak - CJM


Benn S. Bukag terkilan lagu ‘Momuhobo’ di cetak rompak


Apa cerita Veronica Juanis dan Robbie Angkangon?