Carollina Raynold giat berlatih tiga single


Mendapat tiga buah single sekali gus membuat bekas peserta akhir FH Idol musim pertama Carollina Raynold, yang kini bergelar artis rakaman naungan FH Production begitu gembira dan bersyukur.


Katanya ketika dihubungi, terlalu banyak pengalaman manis dan pahit sepanjang tempoh konsert tersebut, pahitnya apabila berada di kedudukan terbawah dan manisnya pula berada di kedudukan 10 terbaik.


"Selepas konsert pentas FH Idol berakhir, saya mensasarkan diri ini, agar menjadi seorang Penyanyi yang lebih dikenali dari segi personaliti dan lagu.


"Dengan itu FH Production adalah pilihan saya bagi membantu saya ke arah dikenali. Setakat ini saya tidak terfikir lagi untuk beralih ke produksi lain," katanya.




Jom kita dengar cabaran dan dugaan Ruth Gidion sepanjang mengendalikan FH Idol Musim pertama

Buat masa kini, Carollina menggunakan waktu yang terluang untuk latihan vokal sebagai persediaan untuk memasuki studio bagi rakaman ketiga-tiga singlenya itu.


"Saya giat berlatih sendiri di rumah untuk memantapkan lagi vokal dan melodi lagu, perkara ini bagi memudahkan saya agar tidak perlu membuang masa untuk berulang kali membuat rakaman.


"Harapan utama saya di dalam bidang ini ialah dapat menjana sumber pendapatan dan menghiburkan para peminat.


"Semoga saya dapat berdiri bersama - sama dengan penghibur hebat di luar sana, khususnya artis Sabah," katanya dihujung bicara.




Konsert akhir FH Idol musim pertama


Aktiviti Persiapan finalist FH Idol untuk lagu baharu Konsert akhir FH Idol


Pengenalan top 10 FH Idol


Comment As:

Comment (0)

No comment found!