Freddy Harmthon dikecam tegur budak sekolah conteng baju


Baru-baru ini tular di laman sesawang Facebook yang memperlihatkan remaja-remaja yang baharu tamat peperiksaan SPM menconteng baju sekolah, yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Perkara tersebut telah menerima kecaman para netizen dan menganggap perkara itu sangat keterlaluan. Berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah, sekumpulan pelajar yang baharu tamat SPM turut menconteng baju sekolah tersebut namun dengan cara berbeza iaitu melukis gambar kartun yang menarik.

Sungguhpun ramai yang memuji seni keatif pelajar terbabit namun ramai juga yang mengecam tindakan mereka itu.

Turut memberikan komen menganai perkara itu, Pengarah Urusan FH Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon.

“Kesian ibu bapa perah otak cari duit, perah keringat bersusah payah cari duit semata-mata beli baju sekolah untuk anak-anak.

“Mahu berseni, biarlah bertempat. Bukan pada baju sekolah,” katanya.




Sungguhpun ramai yang setuju dengan komennya, ramai netizen yang mengecam komennya itu.

Freddy yang baharu sahaja lulus pengajian Master Of Occupational Safety and Health Risk Management ini dianggap orang bodoh. Selain itu, Freddy turut dianggap sudah tua dan sepatutnya tahu kehendak orang-orang muda, serta iri hati.

Ketika dihubungi FH Media mengenai perkara ini, Freddy akui dia terkejut dengan reaksi para netizen mengenai komennya.

“Saya bercakap mengenai perkara itu kerana, saya percaya musim pandemik Covid-19 ini adalah satu musim yang cukup mencabar bagi ramai ibu bapa. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk mencari rezeki. Ada yang terpaksa berhutang, ada yang terpaksa ikat perut kerana tidak mempunyai kewangan yang cukup.

“Bila saya lihat di media sosial sebelum buka sekolah hari itu, ramai ibu bapa yang mengeluh kepada pihak kerajaan untuk memberikan kelonggaran supaya tidak memakai baju sekolah atas sebab masalah kewangan.

”Namun apa yang saya lihat gambar yang tular itu, pelajar yang terlibat menconteng baju ini langsung tidak ada perasaan kasihan dan menghargai usaha ibu bapa mereka.

“Jika mereka mahir dalam lukisan, lukis lah di tempat yang sesuai dan jangan di baju sekolah. Biarpun ianya tidak digunakan lagi tetapi sekurang-kurangnya, hargai pengorbanan ibu bapa anda,” ujarnya.




FH Cinema pemasaran filem / muzik video Malaysia

Menyentuh mengenai Freddy dilabelkan sudah tua dan tidak tahu kehendak orang muda dan orang bodoh, dia turut mengakui tidak mengambil hati mengenai perkara ini.

Beritahunya yang juga pegawai kanan disalah sebuah Jabatan, di Kementerian Sumber Manusia berkata, mereka yang melontarkan komen itu belum merasa bagaimana susahnya untuk mencari rezeki dan belum merasakan bagaimana susah untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak dengan wang yang terhad.

“Mereka belum matang dalam hal ini. Jadi biarkan apa yang mereka ingin cakap. Diorang anggap saya bodoh atau sudah tua, terpulang kepada mereka.

“Mungkin mereka menganggap diri mereka sudah hebat,” ujarnya.




Jom kita dengar cabaran dan dugaan Ruth Gidion sepanjang mengendalikan FH Idol Musim pertama

Sebelum mengakhiri perbualan, penulis sempat bertanyakan megenai status Pentas Filem Malaysia yang kini sedang dalam pembangunan. Menurut Freddy, Laman web tersebut kini sudah siap namun masih di dalam percubaan.

“Saya mensasarkan laman web FH Cinema ini akan siap pada Mei 2021 dan bakal memberikan peluang pekerjaan yang cukup besar dalam industri seni kreatif di Malaysia dan terutama sekali di Sabah.

“Selain mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang industri seni kreatif, ia juga meningkatkan daya saing para penggiat seni terutama Penerbit Filem dan Muzik Video.

“Selepas semuanya berjalan lancar, saya pasti memaklumkan kepada semua penggiat seni di Sabah untuk menghantar karya mereka dengan kami.  Selain itu, kewujudan FH Cinema akan kami war-warkan di seluruh Malaysia.

“Sebagai makluman semua, kami adalah Syarikat pengedar Filem yang berdaftar dengan FINAS dan tidak perlu ragu-ragu mengenai perkhidmatan kami,” akhirinya.




Konsert akhir FH Idol musim pertama

Aktiviti Persiapan finalist FH Idol untuk lagu baharu Konsert akhir FH Idol

Pengenalan top 10 FH Idol


Comment As:

Comment (0)

No comment found!