Gambar Kate G dihujani komen nakal netizen



Gara-gara memuat naik gambar yang dikoyakkan di status Facebook, Penyanyi Kate G dihujani dengan komen nakal netizen.

“Haha jumpa gambar lama masa mengemas. Rasanya gambar ini tahun 2006 semasa belajar di UPSI. Gambar terpaksa dipotong sebab sekarang suami orang. Nanti tak pasal-pasal aku diviral,” ciapknya dengan ikon ketawa.

Pengarah Urusan FH Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon turut tidak terkecuali memberikan komen nakal di mana, menurutnya status Kate itu sesuai dengan lagu baharu Kate yang bertajuk “Au Milo Tondulion.”


“Sikog kam koturu, romouku nokohondom diya, au ku daa tinomod, nga gambar nu, minomosik diti langadku,” ciap Freddy yang juga adalah lirik lagu Kate.


Ciapan Freddy itu membawa maksud airmatanya tiba-tiba jatuh kerana terkenangkan kekasih lamanya. Kate kononnya tidak menginginkan untuk berfikir mengenainya tapi gambar tersebut mengamit memori silam mereka berdua.


Single terbaharu Kate.G ( Au Milo Tondulion )

Membalas komen Freddy itu, Kate hanya ketawa dan tidak berasa sedih melihat gambar itu.


“Penulis lirik yang mantap dan sangat memahami situasi,” kata Kate, merujuk kepada Freddy yang juga penulis lagu ‘Au Milo Tondulion.’


Kate turut menerima pujian, kekal cantik malah lebih cantik darpada dahulu.


Selain itu, ramai yang memberi komen nakal mengenai gambar yang dipotong.


“Lawa oo ini sumandak kecil. Hahahaha, saya tahu siapa dia di sebelah itu.


“Kawan study saya ni. Baik orang dia.


“Dulu kini dan selamanya,tetap awet muda.


“Kekal cantik sampai sekarang.


“Original beauty. Tidak apa, masih ramai lagi mengorat bah,” komen nakal warganet


Kata Kate dalam ruangan komen mengakui gambar tersebut diambil seawal umur 20an.