Jovita Robert Johnny terima Vaksin Dos pertama



Menyahut seruan Kerajaan untuk rakyat bekerjasama dalam memerangi pandemik COVID-19, Penyanyi Rock Wanita Dusun, Jovita Robert Johnny ambil peluang untuk membuat temujanji penerimaan suntikan vaksin yang telah dijadualkan semalam (14 Julai 2021) di Dewan Komuniti Kampung Bunga Tenghilan, Tuaran.



Sejurus selepas menerima Dos pertama, Penyanyi dari Tenghilan ini berkongsi gambarnya dan berharap agar keadaan negara kembali pulih seperti sedia kala.



“Maaf kepada yang anti vaksin. Saya mau jaga family saya. Mari saling mendoakan yang baik-baik untuk peta bumi kita yang berwarna merah, semoga kembali hijau,”ciapnya.



Dalam status penyanyi ini, ramai pengikutnya mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mendapat suntikan vaksin tersebut.



Ada di antara mereka turut bertanyakan bagaimana Jovita mendapat suntikan itu dan tidak kurang juga yang mencemburuinya kerana telah menerima suntikan.