Persembahan unplugged 'Onuai Oku Timpu' oleh Velvet Aduk buat netizen tersentuh



Tampil dengan “Onuai Oku Timpu” dalam versi unplugged, persembahan Penyanyi dan Penyampai Radio Velvet Aduk membuatkan netizen tersentuh dan sebak apabila mendengar lagu tersebut.



Sebelum dia menyanyikan lagu yang diiringi petikan gitar yang dikongsikan di Facebook dan Instagrannya, dia memberitahu bahawa lagu “Onuai Oku Timpu” adalah lagu pertama hasil ciptaannya dalam bahasa Dusun.



Ujarnya, dia sebagai anak Dusun sangat sedih apabila dia tidak dapat bertutur dalam bahasa ibundanya dengan baik.



Katanya lagi, apabila dia bercakap dengan orang, dia cuba untuk bercakap dalam bahasa Dusun walaupun tidak tersusun.



Tambahnya lagi, dia rasa malu kerana tidak belajar bahasa sendiri dan mengambil keputusan untuk mencabar dirinya untuk menulis lagu dalam bahasa Dusun yang diberi tajuk “Onuai Oku Timpu.”



Sebelum lagu ini dikeluarkan, Velvet akui meminta seseorang untuk menyemak lirik tersebut agar tidak ada kesalahan dari segi bahasa.



“Lagi ini mengisahkan tentang seseorang yang menginginkan waktu atau masa yang lebih.



“Dan pada 2020 dan 2021, kita telah mengahadapi pengalaman yang pahit tidak ada sesiapa yang tahu perkara itu akan berlaku, jadi lagu ini ada kaitan,” katanya.



Dalam ruangan komen lagu berduarasi enam (6) minit ini, menerima pelbagai reaksi pengikutnya di instagram dan 18011 penonton telah menonton video tersebut ketika artikel ini ditulis.



Di Facebook, sebanyak 540 perkongsian dan 68 ribu penonton ketika artikel ini ditulus.



Selain emoji cinta memenuhi ruangan komen, ada antara mereka turut tersentuh dengan lirik lagu tersebut, dan tidak kurang juga memuji usaha yang dibuat oleh Velvet kerana mencabar dirinya untuk belajar bahasa ibunda.

”I signed up TikTok last night sebab mahu tengok unplugged session kau. Please keep writing songs, performing, and doing these sessions. I enjoyed the session very much.



“Ngam betul lagu ini dengan situasi saya sekarag. Saya telah kehilangan sahabat saya hari ini. Dia telah pergi untuk selama-selamanya



“Thank you for the song @velvetaduk, I dedicated this song to my late grandpa who just passed away on 15 September 2021. May his soul rest in peace.



“Koturu romou mato ku korongou tii sinding nu @velvetaduk, osiok noh om kalangadan muli Kampung.



“Punya best Velvet, I love it and I remember I won guess the language of your song on Facebook masa you mahu release this song,” komen pengikutnya.




Comment As:

Comment (0)

No comment found!