Saya mohon maaf kepada semua. Itu bukan kenyataan saya - Stacy



Selebriti terkenal Stacy teruk dikecam warga net pada Jumaat selepas cerita mengenai dirinya keluar di beberapa akhbar tempatan atas talian. Apa tidaknya, tajuk artikel tersebut yang seakan-akan Stacy mengakui dahulunya dia hidup seperti tidak ada agama, membuatkan ramai warga net marah dengan kenyataan yang langsung tidak sensetif dengan perasaan keluarga dan peminatnya.



Stacy dalam kenyataan yang ditulis oleh akhbar tempatan atas talian itu, mengakui seperti tiada agama sebenar sebelum memeluk agama Islam.



Katanya lagi dalam kenyataan akhbar tersebut, hidupnya lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari sebelum tergerak hati untuk mengetahui apa sebenarnya Islam selepas enam tahun berkawan dengan Akim. 



Selain marah dengan kenyataan Stacy, warga net turut menggesa Stacy untuk tidak menghina agama asal dan merujuk pada diri sendiri tanpa menyalahkan agama asalnya.



Sungguhpun bertubi-tubi komen pedas warga net, sambil mengungkit kisah-kisah silam Stacy sebelum bergelar artis, ramai juga yang menyokong kenyataannya yang mana, Stacy tidak menghina agama asal melainkan dia rasa tidak beragama walaupun ada agama.



Ada juga warga net yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berhijrah dan mendalami ajaran agama Islam.



Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 2000 komen telah membanjiri ruangan status akhbar berkenaan dan 902 perkongsian.













Melihat kepada keadaan yang cukup panas, FH Media mencari jawapan apakah sebenarnya yang telah berlaku dan akhirnya menemui jawapan sebenar daripada Penyanyi ini.



Katanya dalam satu perkongsian di Instagram, dia menjelaskan apa yang ditulis dalam akhbar tersebut tidak seperti yang telah dia ungkapkan.



Dia akui kenyataannya dalam satu siaran langsung baru-baru ini menyebut bahawa dia membesar sememangnya tidak ada agama dan hanya pada 2012 hingga 2013 baharulah dia ada agama, dan bukan hidup macam tidak ada agama.



Akuinya lagi, dia terlalu jauh dan kecil untuk bercakap tentang isu sensetif seperti ini, serta memohon maaf kepada semua yang terguris hati.