Yusfadzlee Fazley selesai rakaman single terbaharu



Pada edisi lalu FH Media ceritakan mengenai penyanyi Yusfadzlee Fazley yang popular dengan lagu “Biasa Lah Ini.”



Dalam artikel itu, dia ada menyentuh mengenai sebuah lagu single terbaharu yang berjudul “Permaisuri Hati,” dan baru - baru ini, Penyanyi dari Papar ini berkongsi gambar ketika dia masuk ke studio rakaman.



"Alhamdulilah, setelah melalui pelbagai kesulitan, halangan dan cabaran musim - musim pandemik, akhirnya hari ini selesai juga rakaman single terbaharu saya di studio Pusakag Production," ciapnya dengan penuh gembira.



Dia juga mengucapkan terima kasih kepada komposer terkenal Douglas Henry Monis yang juga pemilik Pusakag Production kerana telah membantu bagi menyiapkan rakaman lagu baharunya itu.



"Nantikan single terbaharu saya yang bertajuk Permaisuri Hati," tambahnya.



Terdahulu Yusfadzlee juga aktif mengadakan persembahan secara busking di sekitar pekan Papar dan Kota Kinabalu.