Lepas gian memancing. Jaliu J dapat dua ekor udang besar



Tidak membuang masa yang ada selepas selesai rakaman suara single terbaharu, Penyanyi Jaliu J mengambil peluang yang ada untuk bersiar-siar bersama rakan memancing di salah sebuah sungai di Tuaran baru-baru ini.

Jaliu turut berkongsi aktiviti di Facebooknya dan menunjukkan gambarnya bersama dengan seekor udang besar bersepit biru hasil pancingannya.



“Syukur, tak sangka di Sabah pun dapat ini udang juga,” ciapnya.



Ujarnya dalam ruangan komen, membalas komen pengikutnya mengakui dia mendapat dua ekor udang pada hari tersebut.



“Kebetulan masih berada di Kota Kinabalu, jadi saya mangambil peluang untuk ke Tuaran bersama rakan, melepaskan gian memancing.



“Syukur kerana dapat dua ekor udang. Sekurang-kurangnya terlepas rindu untuk memancing,” ujarnya ketika dihubungi.



Ditanya mengenai jenis masakan bagi udang itu, dia memberitahu bahawa udang itu diberikan kepada rakannya.



Terdahulu, Jaliu J hadir ke studio rakaman FH Production Sdn Bhd pada Sabtu untuk merakan single terbaharunya berentak Sumazau, dan mengambil masa beberapa hari di Kota Kinabalu sebelum kembali ke kampung halamannya di Telupid pada hari ini.