Pakaian Shahrezam Awang curi tumpuan warga net



Status yang dimuat naik baru-baru ini oleh penyampai berita RTM, Mohd Shahrezam Awang mencuri tumpuan warga net. Mana tidaknya, dia berkongsi gambar memakai pakaian yang sangat unik.



Shahrezam sebelum ini pun sering memuat naik statusnya di Facebook namun, satusnya pada kali ini mencuri tumpuan warga net.



"Macam apa ini? Rider? Ninja? Robocop? Atau angkasawan?" ujarnya.



Dan yang meriahkan statusnya itu adalah reaksi atau komen daripada natizen yang menyukai pakaian itu.



Ada yang berkata rider, ada pula berkata ninja dan bermacam lagi komen yang mencuit hati di tinggalkan.



Nampaknya dia bukan sahaja berbakat dalam menyampaikan berita, tetapi juga sangat bergaya mengenakan pakaian yang unik.