Enam dilantik sebagai Kru utama FH Idol Musim Kedua



Baru-baru ini, syarikat Penerbit dan Pengedar Filem FH Production Sdn Bhd telah mengadakan pertemuan dengan beberapa individu di pejabat syarikat terbabit di Putatan.



Dalam pertemuan itu, seramai enam orang telah dilantik sebagai Kru Media yang mana terlibat secara khusus bagi program pencarian bakat baharu FH Idol Musim Kedua. Antaranya Zulkifle bin Hj Yusop (dari kiri), Sylviana Viana Saiki, Patricia Onong, Monica Edward Ading, dan Julina binti Yongun (dua dari kanan), dan Leyviraline Nozlie yang tidak dapat hadir dalam pertemuan itu atas sebab kesihatan. Turut bersama dalam pertemuan itu, Penyanyi dan Pengacara Ruth Gidion (tiga dari kanan) dan Pemegang Saham terbesar FHPSB Marina Chung.



Selain daripada sesi perlantikan oleh Pengarah Urusan syarikat, Freddy Harmthon, mereka yang hadir turut diberikan taklimat mengenai program yang bakal diadakan pada Julai 2022.



Menurut Freddy ketika dihubungi, program FH ldol Musim Kedua itu bakal berlangsung dan kini dalam fasa untuk mendapatkan permit penganjuran program.



“Kami menjangkakan untuk membuka pendaftaran pada awal Mei dan akan tamat di minggu ketiga bulan Jun 2022.



“Target peserta pada kali ini adalah golongan belia umur 20 hingga 40 tahun tidak kira yang belum pernah mengikuti mana-mana pertandingan ataupun pernah merakam lagu. Kami hanya tidak membenarkan mana-mana peserta yang sudah pernah jadi johan sekurang-kurangnya di peringkat negeri.



“Hadiah untuk program ini sudah pastinya sangat lumayan dan setanding dengan hadiah di peringkat negeri. Namun saya perlu rahsiakan dahulu jumlah hadiah, dan saya akan umumkan selepas pengumuman pendaftaran peserta,” katanya.



Ujarnya lagi, semua peserta diwajibkan untuk melanggan FH Media dengan hanya RM 5 bagi langganan satu tahun dan yuran penyertaan sebanyak RM 50.



“Semua peserta kena melanggan kerana, borang ada di dalam sana, dan senarai lagu-lagu pilihan turut dimasukkan di dalam FH Media,” tambahnya.



Ditanya mengenai perbezaan antara FHI pertama dan kedua, Freddy turut akui FHI kedua jauh lebih menarik berbanding dengan FHI pertama yang hanya mahu mencari 10 penyanyi untuk diserap masuk sebagai artis di bawah label syarikat FHPSB. Manakala FHI Kedua pula melibatkan hadiah lumayan dan rakaman lagu sebuah bagi setiap seorang.



“Saya harap semua sahabat, rakan seni dan saudara mara dapat membantu kami untuk mewar-warkan program ini kelak, dan semoga program ini berjalan lancar serta mencapai misinya.



“Terima kasih saya ucapkan buat enam petugas baharu syarikat ini kerana sudi bekerjasama dengan kami dan semoga kerjasama ini akan berkekalan serta dapat bersama lagi dalam program yang akan dating,” akhirinya.