Pihak berkuasa digesa selesaikan isu 'Spiderman' jalanraya Kunak – Semporna



Seorang pemandu lori terkejut selepas seorang individu meluru keluar daripada hutan secara tiba-tiba dan menahan lori yang dipandunya ketika menggunakan laluan Kunak – Semporna.



Tidak dipastikan bilakah kejadian tersebut berlaku, namun apa yang pasti video berdurasi 1 minit 31 saat yang tular di Facebook ini dirakam pada waktu malam.



Dalam video tersebut, individu tidak berbaju ini berdiri di hadapan lori terbabit dan beralih selepas pemandu itu cuba meneruskan perjalanan dalam keadaan cemas. Namun sejurus selepas lori itu bergerak, individu tersebut berlari anak dan berjuntai di cermin pandang belakang sebelah kiri pemandu lori terbabit seperti Spiderman.



Sungguhpun kenderaan tersebut bergerak dan meneruskan perjalanannya, individu yang berkelakuan ala-ala spiderman itu tidak mengendahkan dan seterusnya duduk di atas tangkai cermin tersebut.



Dalam perbualan pemandu bersama rakannya, pemandu yang disebut sebagai Rill terkejut selepas individu itu tiba-tiba meluru keluar dan berdiri di tengah jalan, laluan lori itu. Pada masa yang sama, rakannya turut mencadangkan pemandu meneruskan perjalanan sehingga di tapak pemeriksaan Polis.



Dalam status video tersebut, mengundang kemarahan warga net sehinggakan ada yang menyarankan pemandu tersebut menghentikan lorinya secara mengejut agar individu tersebut terhumban.







Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 207 perkongsian telah dibuat dan kesemua mereka berasa kesal dengan tindakan individu terbabit.



Terdahulu, sebuah lagi video yang tular mengenai jalan Kunak - Semporna baru-baru ini mengenai dengan seorang individu menggadaikan nyawanya berada di tengah-tengah raya yang gelap mengundang kemarahan warga net dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengenai perkara tersebut agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan dan rompakan.



Kredit : Sabah Post Facebook Page




Comment As:

Comment (0)

No comment found!