Kenali personaliti Jaeyres Jaes



Jika disebut nama Ts. Jaeyres Jani atau Jaeyres Jaes, mungkin ramai yang belum kenal dengannya, tetapi kali ini FH Media akan memperkenalkan ada siapakah beliau.



Berasal dari Kg.Tonsom, Kota Marudu Sabah, Penyanyi dan juga Komposer ini adalah pencipta bagi lagu bertajuk “Bambarayon Id Parai Wagu.”



Beliau juga merupakan salah satu Teknologis Profesional dalam bidang Bioteknologi yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).



Menurutnya, beliau sudah terlibat dalan bidang industri R&D di Malaysia sejak 2013 dalam Bioinformatik iaitu kajian berteknologi yang berimpak tinggi dalam bidang infomasi genetic, dan tamat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Sains (Sains Perubatan) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS (2018-2020).



Beliau pernah dianugerahkan sebagai pelajar tesis terbaik bagi gugusan sains bagi 2020, dan hingga kini mempunyai h-index 4 dengan jumlah dirujuk iaitu 89 kali dalam google scholar, yang menunjukan beliau komited dalam kajiannya.



Menjawab pertanyaan untuk melanjutkan pendidikan keperingkat PhD, Jaeyres mengakui masa belum sesuai atas banyak faktor antaranya kesan pendemik Covid19.



“Berbekalkan tahap pendidikan yang ada kini, ianya bukan menjadi satu penghalang untuk menjadi seorang penyelidik, melainkan ianya diperlukan dalam bidang akedemik.



“Dengan bidang yang saya ceburi ini, saya sedar keperluan teknologi sebegini amat perlu terutamanya di Sabah,” katanya yang juga mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam dunia “OMIC,” dari segi penyediaan, penyelengaraaan peralatan, dan analisis genetik.



Ujarnya lagi, pengunaan teknologi ini adalah amat-amat penting dalam bidang perubatan masa kini, sebagai contoh dalam situasi genting pendemik Covid19 baru-baru ini. Jujukan dan analisis genom Sar-Cov-2 adalah sangat diperlukan mengenali struktur genom bagi virus tersebut.



“Peningkatan sesuatu kes yang luar biasa semestinya mempunyai kaitan dengan struktur genom yang berubah, oleh yang demikian analisis perlu dijalankan bagi melihat perubahan tersebut,” katanya.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

Beliau turut terlibat dalam beberapa kajian di Sabah seperti kajian genetik Mycobacterium tuberculosis, Dengue, leptospirosis dan vibrio cholera terutama analysis genom.



“Sains dan seni adalah sesuatu yang melengkapi antara satu dengan yang lain. Mencipta dan menyanyikan lagu merupakan hobi saya sejak belasan tahun lagi.



“Pengunaan teknologi dalam bidang muzik tidak membataskan saya untuk mempelajar teknik mencipta lagu mengunakan perisian yang modern,” tambahnya lagi.



Kini beliau bekerjasama dengan berapa Komposer dan Penyanyi local dalam pembikinan lagu, dan sedang giat menyiapkan dua buah lagu lokal dalam bahasa Dusun bagi Pertandingan Mencipta Lagu Dusun Online (PMLDO) musim ketiga yang bertajuk “Tungkus ii Aki Nabalu” yang bakal dinyanyikan olehnya sendiri bersama Jovita Ibin dan “Iri’m Iri” nyanyian oleh Sandra Liew.



“Dengan berbekalkan ilmu yang tidak seberapa, saya cuba mengunakan bunyi peralatan tradisional Sabah seperti Bungkau, Suling, Kulitangan dan Gong dalam lagu ciptaan saya pada kali ini,” beritahunya.



Dari segi pencapaian dalam bidang seni, beliau telah mencipta dan merekodkan beberapa buah lagu yang telah didaftarkan di RTM SabahVfm siaran bahasa Dusun seperti “Iti Noh Piginawan Toh”, dan  “Bambarayon id Parai Wagu”, serta “Ika noh Songulun” yang dinyanyikannya sendiri, “Pioupusan Sogigisom” yang dinyanyikan oleh DJ Dav, “Umbalanku Mogihum” yang dinyanyikan oleh Frankie Julian Masangon, “Hiti Noh Timpu Toh” nyanyiannya bersama AJ Deff , dan yang terkini “Muli Oku Kampong” yang disusun dalam rentak ala-ala remix yang juga dinyanyikannya sendiri.



Selain itu beliau juga mencipta lagu-lagu bahasa lain seperti “Be you” nyanyiannya bersama Jerah dan “Epic cinta” nyanyian oleh Carolyn.



Beliau juga menyertai Pertandingan Pencipta Lagu Dusun Online (PMLDO) musim kedua, dengan mempertandingkan lagu “Bambarayon Id Parai Wagu” dan mendapat tempat keempat.





Selain itu beliau baru-baru ini menyertai Openverse Challenge (Fanji Ruji dan Eylia Guntabid) bersama KamaatanTV dan mendapat Top 7.



“Walaupun ini bukan karya yang menjanjikan pulangan setimpal dengan nilai masa dan tenaga, namun saya berpuas hati dengan peningkatan kualiti muzik yang dicipta.



“Dengan jumlah kos yang sangat terhad dalam menghasilkan lagu seperti ‘Bambarayon id Parai Wagu’ sambutan lagu tersebut sangat memberansangankan sehingga, lagu ini diangkat lagu tema ‘Sabah Harvest Festival in Malbourne Australia 2022’ di Malbourne Australia baru-baru ini.



“Itu adalah pencapaian yang sangat baik kena lagu kita mula diperingkat international dan dimainkan di luar Negara.



“Kepada generasi muda, pendidikan adalah sangat-sangat penting bukan kerana ia menjadi nilai tambah dalam mencari pekerjaan tetapi dalam menjalankan kehidupan seharian.



“Sabah dilihat berkembang dan maju bukan kerana teknologi yang berkembang tetapi diukur melalui tahap pendidikan dan perkembangan inovasi teknologi yang dicipta dan digunakan oleh masyarakat Sabah sendiri.



“Untuk pergi lebih jauh, anak-anak muda perlu bersatu padu sesuai dengan tema kemerdekaan kita 2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.



“Nilai sense of belonging sangat-sangat penting sebagai orang Sabahan yang Merdeka. Seperti mana yang saya sebut dalam lirik ‘Bambarayon Id Parai Wagu’ iaitu ‘sunion noh dah id sukod wagu do momogompi id tadat tokou, sumuni noh dah id parai wagu olumis miagal koposion toh,’ bermaksud bangun dan membesarlah hai kamu generasi muda yang akan memartabatkan bangsa dan adat kita umpama padi yang tumbuh menjadi berkat dalam kehidupan kita,” akhirinya.