Enam ditahan dalam OP Samseng Jalanan BSPT Sibu



Sibu: Padah ubah suai ekzos, enam buah motorsikal berkuasa tinggi telah ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu pada Selasa, yang disertai oleh Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis BSPT Sibu telah dijalankan di Jalan Bujang Suntong (Dataran Sibu) dan Jalan Awang Ramli Amit sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 1.00 pagi.



Sebanyak 12 keping saman Pol. 257 telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan di antaranya ubahsuai ekzos, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan tidak pakai topi keledar.



Kesemua motorsikal telah dibawa ke Balai Trafik Sibu untuk tindakan lanjut dan telah di sita dibawah Sek. 64 APJ 1987.



Dalam pada itu, pihak Polis menasihati orang ramai agar tidak sesekali melakukan aksi-aksi merbahaya di atas jalanraya yang dapat membahayakan nyawa sendiri dan orang lain, dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai Samseng Jalanan kepada pihak BSPT Sibu agar sama-sama dapat mengekang kegiatan ini.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">


Comment As:

Comment (0)

No comment found!