Affizy Khairy tampil dengan single terbaharu



Setelah berjaya memikat peminatnya dengan single bertajuk ”Tiada Apa”, “Kamar Sepi” hasil gubahannya sendiri, kini Affizy Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai Agy sekali lagi tampil dengan single terbaharu bertajuk "Ku Bertahan."


Lagu yang disusun dalam rentak balada ini mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang terpaksa melalui ranjau perjalanan, yang penuh dugaan dan cabaran.


Menurut Aiman Sidek, yang merupakan Penyanyi dan Komposer serta pencipta lagi ini, Agy mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang baik dalam menyampaikan lagu Ku Bertahan, ditambah lagi dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut.


“Lagu ini khas buat Affizy. Beliau mempunyai gaya nyanyian serta tone suara yang unik dan tersendiri.


“Saya dapat bayangan bagaimana Agy menyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu ini," katanya.


Lagu berdurasi empat minit empat puluh tiga saat ini dikatakan mempunyai bahagian bernada tinggi seperti lagu popular dari kumpulan Glam Metal dari Amerika, Steelheart, yang berjudul "She's Gone" di minit ke 2:20 - 2:30 lirik video lagu tersebut. Affizy juga telah mendendangkan mash-up kedua lagu tersebut yang dimuatnaik di tiktok dan instagram "Affizy Khairy."



Ku Bertahan di Platform Digital - https://bfan.link/ku-bertahan

Menurut Affizy, beliau amat berbesar hati dapat menyanyikan lagu “Ku Bertahan” kerana secara kebetulan sama dengan situasi kehidupannya kini.


“Saya berharap agar lagu ini dapat meresap di jiwa pendengar yang sedang melalui setiap getir dan kepayahan dalam kehidupan. Lagu ini saya tujukan buat semua," katanya.


Sejak dilancarkan pada 2 Julai 2022, jumlah tontonan lagu "Ku Bertahan" di Saluran YouTube 4U Entertainment telah mencecah lebih 15,564 tontonan, sehingga artikel ini ditulis. Selain itu, lagu tersebut turut mendapat perhatian oleh beberapa orang Penerbit Drama dan Telefilem dan kini sedang dalam perbincangan untuk kerjasama.


Sebagai rekod Affizy yang juga seorang Usahawan Penyanyi dan Penulis lagu yang berasal dari Banting, Selangor banyak membuat cover yang lagu di saluran Youtube "affizy khairy channel" dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Selain itu beliau juga sering tular dengan perkongsian membuat kek di Tiktok dan Instagram yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dan 2.2 juta sukaan (likes).


Sumandak Badi Kiulu – Freddy Harmthon


Poingompus Tupus Ku Diya – Ruth Gidion


Siou – Ruth Gidion


Limo Intobo – Ana Shazuan


Langoku Kando Popor Noh – Freddy Harmthon


Benih Cintaku – Freddy Harmthon


Au Milo Miuhang – John D Mingkui


Nung Milo Gulion – Sannie Hassan Mudin


Nokoumbal Miniuhang – Roger Bugis

Piniupusan Tinilib Boros TUlun – Jaslinah Mojinol


Comment As:

Comment (0)

No comment found!