Jangan saling menjatuhkan sesama sendiri - Mellz



Penyanyi Mellz atau nama sebenarnya Melinah Abdullah Minus merasa bersyukur kerana lagunya yang berjudul “Okon Ko Tomodon Ku” kekal berada dalam Carta Lagu FH Cinema yang kini sudah memasuki Minggu Ke-11.



Katanya ketika dihubungi, dia hanya mengongsikan pautan undian kepada mereka yang mengenali dirinya sahaja dan berharap mereka kekal mengundi dan mempertahankan lagunya dalam carta.





"Kepada rakan artis yang lagu mereka juga berada dalam carta agar jangan menyerah dan malu.



"Teruskan usaha untuk mempromosi dan mengetengahkan lagu kita pada orang luar sekaligus memperkenalkan FH Cinema kepada semua.



"Terpulang pada mereka mahu mengundi atau tidak yang penting jangan mudah putus asa, saya yakin satu hari nanti pasti mereka akan menyokong dan mengundi,"katanya sambil memberi kata semangat kepada peserta yang lain.



 



Mellz berpendapat, pihak Penerbit program Carta Lagu FH Cinema, harus menambah kreativiti yang meriah lagi agar mampu menarik lebih ramai penonton dan pendengar.



Antara saranannya ialah pihak Penerbit boleh mengadakan sesi soal jawab secara langsung bersama finalis- finalis atau mewujudkan permainan teka-teki yang berkaitan dengan tema program bagi menghiburkan pendengar.





"Di kesempatan ini saya juga ingin berkongsi perasaan gembira yang penuh kesyukuran, di mana lagu diberi judul 'Tiada Yang Tahu' dan 'Kalangadan Ku' menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh peserta akhir FH Idol Musim Ke-2 yang lalu.



 



"Kepada yang mengenali dan sentiasa menyokong saya ucapkan terima kasih tidak lupa juga FH Cinema kerana memberi ruang untuk saya menyertai carta lagu.



"Saya amat berharap mereka yang mengenali dan meminati lagu saya terus menyokong agar saya kekal hingga ke pentas akhir dalam Carta Lagu FH Cinema.



"Nasihat saya buat anda semua, kita haruslah menyokong karya-karya orang kita dan janganlah saling menjatuhkan sesama sendiri.



"Tidak ada faedahnya merasa dengki terhadap kejayaan orang lain, maka dengan itu marilah kita saling menyokong kerana berbuat baik pasti dibalas dengan kebaikan, berbuat jahat pasti dibalas dengan kejahatan," katanya mengakhiri bicara.



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!