Personaliti Hitz FM penuhi impian sebagai Rap Star dengan lagu ‘Bazaar Oohlala’



Personaliti Hitz FM Morning Crew, Raj, diberi peluang untuk penuhi impiannya sebagai rap star, bersempena ulang tahun kelahiran pada minggu ini. 

Menerusi kempen ‘Hitz Morning Cew One Week Rapper’, Raj telah mengumpul dan menulis lirik untuk lagu rap pertamanya yang bertajuk ‘Bazaar Oohlala’, dengan bantuan suara latar daripada Ean dan Anne, dua personaliti Hitz Morning Crew. 

Selain daripada pendengar boleh berhibur dengan lagu dan video muzik yang tersedia di YouTube dan TikTok Hitz FM, ‘Bazaar Oohlala’ adalah sebuah lagu yang menarik dengan melodi dan lirik yang mengasyikkan serta mudah difahami. Lagu ini dicipta dan dihasilkan oleh Hitz FM. 





Pendengar turut menyumbang kepada penghasilan lagu dengan mencadangkan pelbagai makanan kegemaran dari Bazaar Ramadan untuk dimasukkan dalam lirik menerusi hantaran Hitz FM di Instagram dan Tiktok, yang mencapai lebih 19,000 tontonan dan 200 cadangan makanan. 



‘Bazaar Oohlala’, lagu berdurasi kira-kira 2 minit, dirakamkan di kawasan Bazar Ramadan popular di Kuala Lumpur – Taman Tun Dr Ismail (TTDI).



“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan apabila saya diberi peluang untk menjadi penyanyi rap, apatah lagi, sebagai hadiah ulang tahun kelahiran. 

"Ia adalah impian seumur hidup dan saya teruja untuk mendapat peluang ini dan bekerjasama dengan pendengar kami serta seluruh pasukan Hitz FM. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pendengar kami atas sokongan mereka dalam menjadikan impian ini satu reality dan saya berharap semua dapat menikmati lagu tersebut,” katanya.





Sebagai tambahan, peminat juga boleh menggunakan lagu ‘Bazaar Oohlala’ dalam video di akaun TikTok mereka: 

o    Digunakan sebagai runut bunyi pada video mereka, dengan letakkan #HitzShowUsYourBazaar pada kapsyen; atau

o    Nyanyi ayat dari lagu tersebut, dengan letakkan #HitzOpenVerseChallenge pada kapsyen.