Ralan Koposion hampiri pentas akhir Carta Lagu FH Cinema



Memperolehi tiga kejuaraan selepas menjuarai Carta Lagu FH Cinema minggu ke-14, lagu bertajuk “Ralan Koposion” nyanyian Arif Alexon hampir ke pentas akhir bersama dua finalis yang telah layak iaitu Clarice Vitini Lajibin dan Jounis Mantahan.



Sungguhpun kelayakan penuh untuk ke peringkat akhir adalah lima kali menjadi juara mingguan namun peluang ke peringkat akhir semakin cerah apabila meninggalkan Sembilan lagu pada minggu ke-14 pada Sabtu.



Dengan memperolehi undian sebanyak 101, “Ralam Koposion” hampir di pintas oleh pencabar terdekat iaitu lagu bertajuk “Kotumbaza’ai Noh Dogo” nyanyian Edward Kubot.





Di tempat ketiga diberikan kepada lagu “Misuai Nodi Ralan Toh” nyanyian Otow Kadabogia dengan memperolehi 60 undian, diikuti lagu “Au Osimbar Tupus Nu” daripada Siody bangkong dengan mendapat 30 undian.



Di tangga kelima oleh “Iya Sosongulun” nyanyian Rianah Sipul yang baharu sahaja dicalonkan dengan mendapat 23 undian, dan “Suzie” nyanyian James Alo dan “Nunu Nakasala” nyanyian Alex Aj Adam masing-masing mendapat 10 undian.



“Rasa Hati” Nyanyian Verryca mendapat 5 undian, dan manakala di tempat kesembilan dengan mendapat 3 undian, “Pitongkiadan” nyanyian Fedelis Molondoi.





Di tangga tercorot minggu ini lagu bertajuk “Ika Titiu Ku” nyanyian GJ Julie yang tidak mendapat sebarang undian.



Minggu ke-14 tidak ada penyingkiran dan FH yang juga sebagai juruhebah pada malam tersebut mengumumkan siaran Salam Dari Kampung tidak lagi bersiaran setiap hari namun semua lagu yang bertanding, akan di kongsi di Page FH Cinema untuk tontonan semua, serta memudahkan semua penonton mengundi lagu tersebut.