Siaran langsung ‘BAFTA Television Awards with P&O Cruises’ di Astro pada 15 Mei



Majlis anugerah ‘BAFTA Television Awards with P&O Cruises’, bakal menemui penonton secara langsung di Astro pada jam 2 pagi menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO, dan siaran ulangan  pada hari yang sama, jam 9 pagi dan 9 malam di TV menerusi PRIMEtime (Saluran 704) atau Astro GO pada 15 Mei 2023. Dihoskan oleh Rob Beckett dan Romesh Ranganathan, pengacara and pelawak terkenal, ‘BAFTA Television Awards with P&O Cruises’ akan meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan bidang penyiaran dan penerbitan TV British di tahun 2022, secara langsung dari Royal Festival Hall, London. Kedua-dua hos akan menyampikan lebih daripada 20 pemenang anugerah TV. 





kategori anugerah yang bakal diberikan antaranya Leading Actor, Leading Actress, Comedy Entertainment Programme, Current Affairs, Drama Series, Entertainment Performance, Entertainment Programme, Factual Series, Features, Daytime, Live Event, Mini Series, Male & Female Performance In A Comedy Programme, Reality & Constructed Factual, Scripted Comedy,  dan banyak lagi.

Sebagai tambahan, penonton turut dihiburkan dengan pelbagai program-program terhebat dalam pencalonan ‘BAFTA Television Awards with P&O Cruises,’ termasuk: 

o    The Responder (6 pencalonan), Am I Being Unreasonable? (4 pencalonan), Sherwood (3 pencalonan), The Outlaws, Ghosts and The Tourist (1 pencalonan setiap satu) di On Demand dan Astro GO. 

o    Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story (1 pencalonan), Wednesday (1 pencalonan), Peaky Blinders (1 pencalonan), The Crown (2 pencalonan), Derry Girls (2 pencalonan), The House (1 pencalonan), Top Boy (2 pencalonan), dan lebih lagi tersedia di Netflix menerusi Ultra Box. 

o    The Bear, Oussekine, What We Do In The Shadow and Andor (1 pencalonan setiap satu) di Disney+ Hotstar menerusi Ultra Box.