Tinggal tiga hari penayangan filem epik Sabah Tribesman- The Last Red Hunter di pawagam seluruh Sabah



Hanya tinggal tiga hari, penayangan filem epik 100% karya anak seni Sabahan Tribesman- The Last Red Hunter bakal ditayangkan di Pawagam seluruh Sabah pada 25 Mei 2023.



Apa yang menarik dalam filem ini, lebih daripada 99% pelakon adalah anak tempatan Sabah yang baharu dan pelakon yang telah lama bertapak dalam bidang ini, antaranya Larry Noh Di Kanju, Amy Vanyca, Tati Eliana, Tabias John, Johnny Damianus, Johari Abdullah, Marwan Mahmood, Panus Mansoi dan seorang Pelakon dari Kuala Lumpur iaitu Syed Ali Tar Mohd.



Penggambaran filem ini juga telah dijalankan di beberapa lokasi menarik di negeri Sabah seperti di Perkampungan Kebudayaan Mari Mari, Inanam dan Papas Eco Camp Marahang, Kokol.



Bahasa yang ditutur dalam filem ini adalah dalam bahasa Kadazandusun, Murut, Rungus dan Melayu, dan menjadikan filem ini antara filem di Malaysia yang menggunakan bahasa ibunda dalam penerbitan filem panggung.



Menurut beberapa orang pengunjung yang mengunjungi tapak pameran penerbit FTV Production Sdn Bhd pada pembukaan Pesta Kaamatan pada 1 Mei 2023 di Tuaran baru-baru ini, mereka megakui filem Tribesman- The Last Red Hunter ini ada persamaan dengan filem Mat Kilau yang berlatarbelakangkan alam semula jadi, suasana zaman dahulu, dan ada babak pertempuran antara puak-puak dan suku kaum di zaman dahulu kala.



Pelancaran filem Tribesman The Last Red Hunter


Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki menyedari dirinya tiba-tiba berada zaman silam secara misteri dan ditangkap serta dikurung kerana dituduh sebagai pembawa malapetaka kepada puak asli di kampung itu. Lelaki itu diselematkan oleh seorang gadis dan pengsan setelah keletihan ketika melarikan diri lalu dibantu oleh seorang lelaki bisu.



Perkara ini telah menimbulkan satu konflik antara dua puak sehinggakan berlakunya pertempuran yang cukup tragis dan ramai pengikut puak masing-masing terbunuh.



Bagaimakah kehadiran lelaki misteri ini menjadi penyebab kepada pertempuran dua puak? Jawapannya akan anda tahu bila menonton filem ini.



Jika Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan memberikan lapan bintang daripada 10 bintang, ketika penayangan perdana filem ini di Cineplex Cinema, City Mall baru-baru ini, maka sangat wajar untuk kita semua meluangkan masa bersama keluarga dan rakan untuk membanjiri pawagam berdekatan, untuk menonton dan menyokong filem ini.



Filem ini turut mendapat maklumbalas yang baik daripada panel juri FilmMart di St Monica, Amerika pada 2022, dan memberikan keyakinan kepada kita semua bahawa filem Tribesman-The Last Red Hunter ini adalah antara filem Sabahan yang pastinya memberikan kepuasan kepada kita semua.



Mari ke pawagam dan kongsikan kepada kami pengalaman serta gambar anda di ruangan komen ini. Selamat menonton dan jom sokong filem Sabahan. Hadiah misteri menanti anda.