Lagu 'Ginawo Nosimban' adalah kisah hidupku - Harry Bradley



Harry Bradley atau nama sebenar Harry Bradley Humprey mungkin sangat asing dalam industri muzik tempatan namun selepas ini anda pasti tercari-cari nama ini setelah mendengar single pertamanya.



Berasal dari Tambunan, Harry tampil dengan single pertamanya bertajuk “Ginawo Nosimban” hasil suntikan karya Benard Laimen dan Adrian.



Lagu tersebut yang telah dirakam di Pusakag Production Sdn Bhd, dan diterbitkan pada Jun 2023, kini boleh didengari di laman sosial YouTube saluran Tinimungan Sunduan dan telah mendapat tontonan sebanyak 5,123 sehingga artikel ini ditulis.



 Menurutnya, lagu dalam rentak balada ini mengisahkan tentang hubungan yang dikhianati sehinggakan perasaan sayang itu semakin pudar, dan mula beruba hati dengan orang lain.



Ginawo Nosimban - Harry Bradley


“Lagu ‘Ginawo Nosimban’ terbitkan dalam dua versi iaitu muzik TV dan karaoke. Single pertama ini sangat dekat di hati saya kerana setiap lirik dalam lagu ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan saya,” katanya.





Menceritakan tentang pengalaman sepanjang penerbitan lagu “Ginawo Nosimban” Harry akui fokus dalam latihan dan mendalami makna setiap rangkap lirik.



“Cabaran itu memang ada iaitu dari segi penjiwaan kerana lirik lagu ini mengisahkan tentang kehidupan saya yang sebenar, namun syukur semua berjalan lancar dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lagu ini seperti Ibu dan ahli keluarga saya yang banyak memberikan dorongan, rakan-rakan, penulis lagu ini serta pihak studio atas kerjasama dan komitmen dalam menghasilkan lagu yang saya inginkan.



 



“Sepanjang persediaan untuk rakaman juga, saya sentiasa menjaga pemakanan dan kesihatan. Ia amat penting kerana saya mahu buat yang terbaik untuk single pertama ini. Selain itu saya perlu membahagikan masa untuk membuat latihan dan memastikan kerja hakiki tidak terganggu,” tambahnya.



Harry yang kini masih bujang, turut berharap agar single pertamanya ini dapat diterima dan mendapat sokongan peminat lagu-lagu Sabahan.



“Semoga single pertama ini menjadi batu loncatan saya untuk terus berkarya dan memajukan industri muzik di Sabah,” akhirinya.



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!