MUKEST Anjur Program Gotong-Royong

Oleh : Rayner Giun

KIULU : Buat pertama kalinya, persatuan NGO MUKEST (Mukim Ulu Eco Solution Technology), dibawah kendalian 13 buah kampung, Mukim Ulu Kiulu, telah mengadakan satu program memungut sampah dengan membawa tema ‘Malaysia Indah Ceria Dan Bersih’ pada 9 September 2019.

Akitviti yang dijalankan seawal 6.30 pagi ini, telah dihadiri oleh ahli MUKEST sebanyak 50 peserta. Tidak lama kemudian, Encik. Janih Bangud, selaku Presiden Badminton Sabah, yang juga sebagai perasmi aktiviti tersebut telah selamat sampai di tempat itu dengan sambutan mesra dari para peserta.

Terdahulu dalam ucapannya, Janih sangat berterima kasih kepada MUKEST kerana membuat satu perancangan aktiviti kemasyarakatan yang amat baik. Dia juga menyatakan bahawa aktiviti seperti ini, amatlah bersesuaian dengan apa yang dilaung-laungkan oleh masyarakat Malaysia yang mahukan negara indah dan ceria. Selepas ucapannya itu, aktiviti perasmian telah dijalankan.

Diterangi dengan pakaian peserta yang bewarna hijau, aktiviti itu telah dimula di Dewan Kampung Tulung, sehinggalah di Kampung Dumpiring, dengan mengambil jarak perjalanan sebanyak empat kilometer.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, para masyarakat dapat membuka mata mereka bahawa kebersihan dan keceriaan itu amat penting. Selain itu, aktiviti seperti ini juga akan serba sedikit memberikan didikan dan membiasakan penduduk kampung, supaya tidak membuang sampah merata-rata tempat, agar menjadi contoh bagi pengunjung dari luar negara.

Aktiviti ini telah berakhir pada jam 11.00 pagi dengan menjamu beberapa jamuan makanan. Selain itu, mereka juga sempat membincangkan tentang produk yang boleh dipasarkan dan dipromosi kepada pelancong dari luar negara khasnya.

Encik. Jumadi selaku YDP MUKEST, sangat berterima kasih atas kehadiran para peserta yang menjayakan aktiviti tersebut dan menyatakan bahawa aktiviti seperti itu, akan berterusan.