Salvianus Timbun Janggal Berlakon Dengan Isteri



Ketiadaan pelakon asal untuk pengambaran video klip lagu Andadon Ku Simbar membuatkan penyanyi lagu berkenaan, Salvianus Timbun memutuskan menjadikan isterinya sebagai pengganti.


Salvianus ketika dihubungi FH Media berkata pelakon asal video klip terbabit tidak dapat menghadirkan diri untuk penggambaran pada saat-saat akhir.


"Asalnya memang ada pelakon untuk penghasilan video klip ini tetapi pada saat akhir, pelakon terbabit tidak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan, pelakon asal tidak dapat datang.


"Oleh itu, saya mengambil keputusan dan berbincang dengan isteri saya, Jennysi Golinus untuk menggantikan pelakon terbabit. Dia bersetuju untuk berlakon dalam video klip tersebut.


"Oleh itu, tanpa membuang masa kami meneruskan pengambaraan di mana ia mengambil masa selama lebih kurang empat jam," katanya.


Salvianus turut berkata pada mulanya dia berasa sedikit jangal dan malu ketika penggambaran dijalankan.


"Pada awalnya memang ada sedikit rasa jangal, malu tetapi rasa itu hanya bersifat sementara sahaja. Saya lebih rasa selesa dan tidak ragu-ragu sekiranya adanya adegan berpegang tangan.


"Sebelum ini juga saya juga pernah terfikir bagaimana sekiranya isteri sendiri menjadi pelakon dalam video klip lagu. Isteri saya juga ketawa kerana itu adalah pengalaman pertamanya dalam seumur hidup dirinya beraksi di hadapan kamera.


"Selepas penggambaran itu selesai, saya akui agak letih tetapi saya amat berpuas bati bekerja bersama Herris Yutui ( pemilik T.U.N.I Micro Studio).


"Pada masa yang sama juga saya bersyukur kerana akhirnya hajat saya untuk membuat video klip telah tercapai," katanya.


Terdahulu, pada tahun lepas Salvianus menghasilkan lagu Andadon Ku Simbar yang ditulis oleh dirinya sendiri dan Larry Ben Masawat manakala penyusunan lagu dibuat oleh Larry.


Lagu dan video klip terbabit dirakamkan di bawah naungan syarikat T.U.N.I Micro Studio.


 

 




 



 



 



 



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!