Norafidah Zamamin terima gelaran baharu



Putatan: Program Pemahkotaan semula penyandang gelaran Lady’s Of Beautiful Body, Queen Of FH Media 2023 telah diadakan di Green Screen Studio FH Production Sdn Bhd di sini pada 31 Ogos 2023.



 



Dalam program ringkas itu, sesi “Photoshoot” turut diadakan bagi semua pemenang pertandingan itu yang telah diadakan pad 22 Julai 2023 di JKKNS, Kota Kinabalu. Namum demikian, atas masalah yang tidak dapat dielakkan, hanya empat daripada mereka dapat hadir antaranya Rennie Masuma (Grand Winner Universe Of FH Media 2023), Helen Acain Sancez (Winner Global Universe FH Media 2023), Norafidah Zamamin (Winner Culture FH Media 2023), dan Yoyong (2nd Runner Up).



 



Norafidah dinobatkan sebagai penyandang terbaharu gelaran tersebut yang diumumkan oleh pengacara sensasi Ruth Gidion, dan dipancarkan secara langsung di laman web FH Cinema, serta dimahkotakan oleh Pemegang Saham Syarikat Marina Chung.





“Terima kasih banyak-banyak Penganjur dan Pengurus FH Media untuk ‘Photoshoot’ hari ini dan terima kasih buat kru yang sangat-sangat ‘sporting’ dan membantu, serta sangat positif.



 



“Terima kasih juga atas ‘title‘ tambahan yang diberikan. Terharu dan syukur sangat. Moga pemberian gelaran ini membuatkan saya tambah bersemangat untuk perolehi kejayaan dalam ‘Anugerah Model Paling Popular’ anjuran FH akan datang,” kata Norafidah.





Menurut Pengarah Urusan syarikat ini Freddy Harmthon (FH), beliau bersyukur kerana program berjalan dengan lancar dan isu penarikan balik gelaran telah selesai sepenuhnya.



 



“Program hari ini adalah kesinambungan daripada program yang telah diadakan pada 22 Julai yang lalu, dan atas sebab sedikit masalah yang timbul, kita telah menarik balik gelaran tersebut yang kini telah kita berikan kepada Norafidah.





“Kes terdahulu telah selesai dengan baik, dan bekas penyandang gelaran tersebut turut memohon maaf secara rasmi melalui surat dan telah membayar denda, dan kini tidak ada isu mengenai perkara ini lagi,” ujarnya.



 



Terdahulu, FH hadir ke Balai Polis Putatan pada 29 Ogos 2023 bagi menarik balik laporan mengenai kes Penyandang “Lady’s Of Beautiful Body” Queen Of FH Media 2023 yang telah memalukan syarikat dengan membuat tuduhan palsu serta menggunting selempang gelaran kemenangannya.