Tidak disangka dia curang dengan kawan saya – Kamaliah



Pelantun lagu “Ganit Winonsoi Nu” Kamaliah Sandra Jamulin tidak menyangka hubungan suami isteri yang terbina sejak lebih daripada dua tahun, hancur selepas kehadiran orang ketiga. Apa yang sangat menyedihkan adalah, orang ketiga itu adalah orang yang sangat rapat dengan Kamalia iaitu sahabat sendiri.



Kamaliah yang kini menetap di Australia mengesahkan perkara itu setelah dihubungi kru penerbitan FH Media selepas melihat posting beliau di Tik Tok yang meragukan.



Menurut Kamaliah, sebelum ini mereka kerap bergaduh dan setiap kali bergaduh pasti suaminya akan mengatakan mahu bercerai dengannya.



 



“Saya terlalu bodoh kerana tidak mengetahui perkara ini. Saya benar-benar tidak menyangka diorang sanggup buat saya macam ini,” katanya kesal.



Ujar Kamaliah, suaminya mengakui hubungan terlarang itu sudah menjangkau lebih daripada satu tahun, dan Kamaliah turut mengakui cukup sakit hati dengan apa yang berlaku, sehinggakan beliau tidak lalu makan dan tidak boleh tidur memikirkan hal tersebut.



 



“Sekarang saya tinggal sendirian manakala suami saya sudah keluar dari rumah dan membawa barang-barangnya. Dia sanggup biarkan saya kerana perempuan itu, padahal saya tunggu dia pulang. Sudah cukup saya bersabar, kalau ya pun mahu cari perempuan lain dia boleh cakap sama saya untuk berpisah dengan cara baik,” tambahnya.



 



 “Masuk hari ini (ketika beliau dihubungi) sudah tiga hari saya tidak makan, dan empat hari belum tidur. Saya paksa tidur tapi tidak mampu kerana hati saya betul-betul sangat sakit.



“Sungguhpun perkara itu sangat menyakitkan, namun saya terpaksa merelakan dan ikhlaskan apa yang mereka lakukan terhadap saya.



 



“Terima kasih kepada rakan-rakan terutama sekali group Rungus yang kini bersama-sama saya di Australia, kerana selalu bersama saya ketika saya perlukan sahabat dalam kesedihan, ujarnya.



Dalam pada itu, ibu bapa Kamaliah yang kini berada di Kudat telah dimaklumkan akan perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya keputusan di tangan Kamalia.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!