Sabah FC dan FHPSB bakal adakan pertemuan



Baru-baru ini, syarikat Penerbitan dan Pengedaran Filem F Harmthon Production Sdn Bhd (FHPSB) telah dihubungi Persatuan bola sepak Sabah FC berhubung dengan hasrat syarikat terbabit untuk menaja pasukan tersebut sebanyak satu juta ringgit bagi menempuhi baki perlawanan Liga Super dan Piala AFC.



 



Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersebut, Freddy Harmthon (FH), beliau mengakui telah dihubungi oleh Timbalah Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sabah setelah beliau menghantar surat rasmi mengenai hasrat syarikatnya.



 



“Mereka meminta saya untuk ke pejabat Persatuan tersebut di Likas namun saya tidak dapat hadir kerana kini bertugas di Labuan dan agak susah untuk berjumpa dengan mereka diwaktu pejabat.



 



“Saya ada memaklumkan untuk membuat perbincangan atas talian namun mereka ingin berbincang secara bersemuka.



 



“Saya akan bercuti di Kota Kinabalu pada pertengahan Disember 2023, dan mengambil ruang ini untuk berjumpa dengan pihak pengurusan pasukan tersebut bagi membincangkan secara tuntas mengenai kaedah yang menguntungkan kedua – dua pihak.



 



“Setakat ini belum ada perbincangan dibuat. Ketika dihubungi, kami hanya berbincang tentang menentukan tarikh perbincangan secara bersemuka. Jadi saya harap kita semua bersabar dan menunggu keputusan yang baik daripada kedua - dua pihak.



 



“Apa yang penting, kita cuba bantu mana yang boleh untuk memastikan pasukan kita kekal bersemangat tanpa tekanan,” tambahnya.



 



Terdahulu Freddy melalui syarikatnya F Harmthon Production Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk menaja pasukan Sabah FC bernilai satu juta ringgit jika jualan filem yang ada di dalam FH Cinema melebihi sasaran yang telah ditetapkan.



 



“Dalam masa ini, saya berharap kepada semua penyokong bola sepak Sabah FC agar terus menyokong pasukan ini dengan hadir ke stadium apabila ada perlawanan bagi membolehkan pasukan ini .



 



“Selain itu, saya juga berharap agar semua penyokong dapat melanggan filem dan muzik yang ada di dalam platform digital FH Cinema (https://fhcinema.com.my/), agar sasaran kita dapat dicapai. Lebih cepat sasaran kita tercapai, maka lebih cepat proses penajaan berjalan. Hanya RM5 dan RM3 untuk sebuah filem, termasuk album muzik.



 



“Dan untuk makluman semua, semua yang melanggan filem dan muzik di FH Cinema juga bakal mendapat cabutan tiket bertuah berupa wang ringgit sehingga RM50,000.00 keseluruhan dan pelbagai barangan lain,” Katanya.



 



Untuk melanggan filem, daftar dan log masuk, dan klik link ini untuk langganan filem



https://fhcinema.com.my/films?terms=&category%5B%5D=6



Untuk melanggan album muzik, klik link di bawah



https://fhcinema.com.my/music?terms=&category%5B%5D=7



untuk melanggan filem yang kini berentap dalam festival filem, boleh klik link di bawah



https://fhcinema.com.my/music?terms=&category%5B%5D=5