E-Learning wujudkan peluang pekerjaan baharu - FH



Melihat akan keperluan semasa dan ingin mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berkemahiran dalam pelbagai bidang, kini syarikat Penerbitan dan Pengedaran Filem Malaysia F Harmthon Production Sdn Bhd memperkenalkan sistem E-Learning yang kini boleh di lihat di laman web FH Cinema milik syarikat itu.



 



Menurut Pengarah Urusan syarikat tersebut Freddy Harmthon (FH), beliau mahu laman web FH Cinema yang kini menjadi platform penstriman Filem dan Muzik, digunakan semaksima mungkin untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai bidang, lantas menambah pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.



 



“Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat dan kita tidak boleh duduk diam. Kita perlu lakukan sesuatu yang mampu menjana kewangan kita.



“Ramai yang saya lihat boleh memberikan ceramah, membuat tusyen sekolah, mahir dalam bidang masing-masing namun tidak ada peluang untuk menonjolkan diri kerana tidak ada peluang untuk dipanggil membuat ceramah, atau berkongsi pengalaman dalam sesuatu bidang.



 



“Ada juga saya nampak ramai yang masukkan video mereka di media sosial sedia ada namun mungkin pulangan tidak memberangsangkan.



“Maka melalui masalah ini, saya wujudkan satu ruangan di dalam laman web FH Cinema yang di namakan E-Learning.



 



“Dengan adanya panel E-Learning ini, semua pemilik video akan dapat menjual video tutorial mereka lantas menjana pendapatan sampingan mereka.



“Bayangkan saja satu video tutorial penuh dengan harga RM50, dan dilanggan oleh 300 orang, pendapatan mampu mencecah RM15,000.00. Ia adalah satu angka yang besar dan dengan wang sebanyak ini, kita mampu untuk mencipta tutorial baharu.



 



“Untuk pembelajaran, orang tidak akan bosan. Orang sentiasa perlukan dan ini bererti, video kita itu akan ditonton sampai bila-bila. Bagi mereka yang memerlukan sijil penyertaan, ia juga boleh dibuat.



 



“Kaedah E-Learning melalui FH Cinema ini juga mampu mengurangkan masa, dan tenaga untuk hadir mengikuti ceramah, serta menjimatkan wang ringgit. Hanya duduk di rumah dan menonton video, serta membuat ujian jika perlu bagi memastikan tahap pemahaman masing-masing” katanya.



 



Ujar FH, bagi memastikan ramai yang melanggan video tersebut, beliau sarankan agar video yang dihantar untuk dimuat naik di dalam website ini perlulah jelas dan sesuai untuk ditonton.



 



“Walaupun pembelajaran secara maya, kualiti video juga perlu diambil perhatian kerana ia akan menarik minat orang untuk melanggan video tersebut,” tambahnya.



Bagi mereka yang ingin menghantar video atau mengetahui lebih lanjut mengenai panel baharu ini, boleh menghubungi beliau di 019-300 9618.