Lima Filem Aksi Vol.1 kini distrim di FH Cinema



Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang pada 16 September 2023, FH Cinema mempersembahkan lima buah filem dalam satu pakej dengan hanya RM5.



Himpunan filem yang berada dalam pakej tersebut antaranya Dendam Jawara, Jangan Benci Aku, Mighty Knight, Pewaris dan Rempit Linto.



Dendam Jawara adalah sebuah filem dari Indonesia yang mengisahkan tentang dendam seorang Jawara, di mana kedua orang tuanya di bunuh oleh saudara seperguruan ayahnya untuk merebutkan sebuah pusaka perguruan.



Jangan Benci Aku, sebuah filem dari Sabah yang mengisahkan tentang seorang remaja berumur 20an bernama Sidek bertekad untuk mempelajari seni mempertahankan diri kerana sering dipandang rendah.



Mighty Knight, sebuah filem dari Selangor Mengisahkan tentang seorang remaja, Mirul yang berhadapan konflik di antara tanggungjawab dan pilihan dalam hidupnya sebagai Mighty Knight Bayu bagi berjuang menentang ancaman pengganas, Native yang mahu memanipulasikan teknologi dan keupayaan Enerstamp.



Akibat daripada kemalangan kecil dengan seorang ejen daripada organisai B.A.YA.A.N.G. iaitu Hana, yang pada ketika itu sedang berusaha melarikan diri daripada di kejar oleh Native Primitive, Mirul secara tidak sengaja terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai pahlawan baharu, Mighty Knight Bayu setelah dipakaikan MK Driver. Apa yang terjadi kepada Mirul? Apakah organisasi B.A.Y.A.N.G. sedia menerima ejen muda yang mentah ke dalam organisasi mereka? Sama-sama kita lihat apa kesudahan mereka.



Pewaris, sebuah filem dari Sabah menceritakan tentang perebutan warisan turun temurun, menyebabkan si pewaris yang bernama Ann menjadi sasaran, termasuk abang Ann iaitu Nik.



Nik selalu memberi amaran pada ann, agar tidak menyimpan warisan nenek moyang mereka, kerana akan merosakkan generasi akan datang. Di dalam perebutan tersebut menyebabkan rakan Ann menjadi sasaran dan menyebabkan kematian rakannya. dengan adanya Nik abang Ann, keadaan kembali aman? Saksikan dalam filem Pewaris.



Rempit Linto mengisahkan tentang seorang mat rempit yang telah dilanda masalah akibat daripada melanggar seorang anak ketua gengster. Sejak kejadian itu mat rempit tersebut di cari untuk dibalas dendam. Tetapi di selamatkan oleh pahlawan melayu.



Lima filem ini kini ditayangkan di FH Cinema dengan harga promosi sebanyak RM5, berbanding dengan harga asal iaitu RM3 bagi setiap satu filem dalam satu tontonan.



Filem boleh distrim di sini: https://fhcinema.com.my/films/course/filem-aksi-vol-1